Monday, June 20, 2011

KesEdArAn DiRi


apasal laa , kita belom terfikir nak bentang sejadah dengan lengkap
hidup senang rezeki datang melimpah
nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah
atau nak tunggu Allah tarik nikmatmu sampai menangis keluar air mata darah
untuk diri dan kawan-kawan tersayang . . . .
apasal laa kita malas sembahyang
tuhan kasi kita jasad siap dengan bayang-bayang
bukan ke lebih beruntung daripada tiang
berdiri tanpa roh malam siang . . .
apasal laa kita malas sembahyang
tuhan kasi otak supaya kita tak bangang
tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
tuhan kasi nikmat kenapa kita tak kenang . . .
apasal laa kita malas smbahyang
melilau sana sini kita sanggop sampai petang
beli tiket kita sanggop beratur panjang
apa la kita ingat masuk syurga bole hutang . . . ?
apasal laa kita malas sembahyang
kita kena ingat umur kita bukanlah panjang
pagi kita sihat petang boleh kejang
nati dalam kubur kena balun sorang-sorang . . .
apasal laa kita malas sembanhyang
siksa neraka cuba la kita bayang
perjalanan akhirat memang terlalu panjang
janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!!

kamo . . =)



: KAKAK :
saya ada kakak . .
kakak yang selalu ada di sisi saya bila saya ada masalah . .
kakak yang selalu bagi nasihat dan semangat kepada saya . .
tapi kami selalu begaduh . .
kadang-kadang pekara kecik pon nak gadoh . .
hahahaha . .
nak masam-masam muka sampai tak betegur . .
tapi kakak , saya sayang kakak sangat-sangat . . !
terima kasih sebab jadi kakak yang baik buat saya . . !

**********************************************
saya sayang kamo kakak . . !!

sAyAnG . . ??

sayang..
satu perasaan yg di anugerahkan olehNYA
sesuatu yang sukar untuk dimengertikan
sayang..juga sesuatu yg tidak mudah untuk dimiliki

kerana..
sayang tidak dapat dipaksa
sayang hadir secara tiba2
andai kita berpisah dengan orang yg kita sayangi
relakanlah..

kerana
andai kita bersungguh menyayangi seseorang
kita akan bahagia melihatnya bahagia

Sunday, June 19, 2011

satu 30 sen , 3 seringgit

eh..pernah beli kuih tak? ape? tak pernah? tak tahu kuih tu ape?

kuih adalah sejenis makanan tradisional di Malaysia. pelbagai jenis kuih yang terdapat di Malaysia. Pada mulanya, kuih dijual dgn harga serendah 5 sen (yeke??) dan kini semahal 40 sen. tidak termasuk kuih di hotel ye..kehkehkeh..


pelik tak? satu 30 sen tapi bila 3 jadi seringgit.. hahaha makcik..makcik.. kalau beli banyak lagi mahal lak.

so, perlu ke aku pegi 3 kali untuk dapatkan 3 biji kuih dengan harga 90sen?? hahaha....
kuih sekarang dah mahal doh..5 ketuln 2 ringgit doh..pernah jugak aku nak beli 3 je tapi makcik tu tak kasi. kene rm2 jugak. haiya, terpaksa la aku makan banyak kuih hari tu..(alasan)

still ade lagi 3 biji RM1 tapi kecikkkk bebenor.. tak sesuai dgn aku yang kuat makan ni..(please, jangan percaya. Haha…

aLaNgKaH iNdAh JiKa KiTa TiDaK mEmBeSaR

Cemekom..haha..kalo nak diikutkan,mang banyak kisah zaman kecik2 dulu yang tak dapat dilupakan..yelah belum mengenal erti dewasa la katakn, belum bijak menggunakan flush di jamban setelah membuang,belum tahu pinggan perlu dibasuh selepas makan. houhouhou...

teringat kisah-kisah sewaktu kecil, bila aku suka main hantu hantu dengan kawan2. bilik dijadikan sebagai rumah hantu. kehkehkeh... dua orang mesti menjadi mangsa. yang lain mesti transform jadi hantu.selimut dijadikan sebagai medium utama. hahaha... tapi saye tak tahu ape yang takut sangat sampai jerit dan nangis nangis. padahal tahu itu bukan hantu sebenar. hahaha ape la...
yang ni aku paling tak boleh lupa. baju raya, kazen!! perghhh..dari ke baju, kain, sampai ke kasut pun same! maklumlah, masa kecik, kain 4 meter pun muat untuk 2 orang.. kalau la ade lebih, mau mak aku jadikan langsir utk hari raya. ade stail kan??

                                                                                                                    
jadi, inilah serba sedikit "Memori yang tidak dapat dilupakan sewaktu kecil"

lalalalala . . .

Terlalu indah bagi hati pabila kasih sayang yang dizahirkan pada batin melebihi roda-roda realiti kehidupan.sehingga terbitnya air mata yang terbenam sekian lama kerna terlalu menyayangi dan merindui akan dirinya.Kadang2 kekeliruan memikirkan mencari jawapan untuk kepastian,namun,ianya tetap bersemadi tanpa bersuara memberikan akan jawapan pada setiap persoalan yng berselingkar dalam fikiran ini.Aku terlalu menyayanginya sepenuh hati dan seikhlas Hati aku.Tiada Kata untuk aku luahkan bertapa aku teramat sayang pada dirinya.Seluas Langit yang membiru terbentang di mataku,seluas,sedalam itulah Kasih Sayang aku hulurkan Pada Dirinya.Kini,Hati aku tiada lagi sebarang perasaan Kasih dan sayang untuk aku berikan kepada insan lain kerana hati aku ini telah aku serahkan sepenuhnya kasih aku dan sayang aku pada dirinya.Walaupun pada kertas kehidupan,dirinya tiada kena mengena dengan kehidupan aku,Namun aku tetap sayang padanya,walaupun bukan sebagai Kekasih,Tapi kasih sayang aku ini terlalu suci dan nilainya tidak boleh lagi aku samakan dengan apa yang ada di dunia ini.Terima kasih Ya Allah S.W.T. kerna memberikan Perasaan kasih sayang yang tidak ternilai pada hambaMu ini.Dengan Kasih Sayang Yang Dianugerahkan OlehMu ini,Aku masih merasai Akan Kebahagiaan dan Kegembiraan insan yang paling istimewa dalam hati aku ini.Aku Menharapkan agar Janganlah dibuangkan terus Hati aku yang diselaputi Perasaan Kasih sayang aku ini dan aku Mahu kekalkan dan semadikan ianya dalam diri , Jiwa ,Perasaan aku ini dengan sejuta kenangan yang terindah sepanjang hidup aku.Kini hidup aku dipenuhi dengan insan yang penting pada aku,Khas untuk kakak aku,tiada suara untuk aku luahkan,tiada irama untuk aku alunkan untuk mu,tiada apa yang dapat aku gambarkan pada dirimu bertapa Aku terlalu menyayangi dan merindui akan dirimu.Walaupun Mu bukan darah daging aku,namun hati aku tetap menyayangi dirimu,sentiasa menyayangi dirimu,Sentiasa Menyayangi akan dirimu untuk selama-lamanya.Aku akan Semadikan Kisah Kita dalam satu warkah Hati  yang mana akan aku bawa ia kemana sahaja aku pergi di dunia ini,Kisah kita yang dipenuhi sejuta kasih sayang antara kita akan aku sematkan dalam diri ini untuk santapan kasih aku.
Sepanjang Hidup aku di dunia ini,tiada insan lain yang dapat melembutkan hatiku,Hadir untuk aku memberikan kasih sayang apatah lagi untuk aku korbankan apa saja tapi kini,Hanya Kamu lah hati aku,Nyawa Aku,Setiap apa yang aku lakukan untuk dirimu,Ianya datang dari Hati aku yang tidak mengenal akan erti kesusahan,tidak tahu maksud Beban,tiada erti akan makna apa itu Bazir,tapi hanya ada rasa tanggungjawab..rela hati akan setiap pengorbanan,ikhlas dalam menzahirkan perasaan kasih sayang.Kerna kaulah satu-satu kakak yang paling teristimewa dalam hati aku ini..
Hanya kebahagiaan dan kegembiraan mu yang menjadi impian aku selama ini.kebahagiaan mu menjadi mimpi indah pada aku dan kegembiraan mu menjadi irama hidup aku.
 kakak,Walaupun kita akan terpisah,namun hati kita tidak berjauhan serta berpisah kerna hati aku tetap tersemat kasih sayang yang aku curahkan padamu.Akan aku doakan kebahagiaanmudan kegembiraanmu selalu,dan dijauhkan segala kesusahan dan kesedihan.akan aku kenangkan akan dirimu kerana aku tidak pasti adakah kita dapat berjumpa lagi selepas ini.Walaupun terlalu berat untuk aku melepaskan dirimu,Namun aku terepaksa terima hakikat untuk berpisah dengan mu.Walaupun kamu akan berada jauh dari aku,aku berharap agar mu dapat mengetahui bertapa aku amat menyayangi dan mengasihi akan dirimu seikhlas dan sepenuh hati aku ini dan kasih sayang aku ini tidak akan terpadam dalam hati aku ini untuk selama-lamanya.........Aku amat kamu..kakak..

hMmMm . . .

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail...
Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. ..
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
Dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. ..
Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada...
Jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
Cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak...
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
Boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.. .
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .
Kamu akan menyesal...


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...

sAyA rInDu AwAk . . :)

Awak..
Saya rindu nak gelak-gelak ngan awak tengah-tengah malam buta.
Saya rindu nak tiru n buat bunyi macam-macam depan awak.
Saya rindu nak dengar awak bebel sebab saya degil pastu suka bangun lambat.
Saya rindu nak dengar awak cakap those three words for me.
Saya rindu nak senyum kat awak, nak jelir kat awak.
Sumpah saya rindu awak nak mati.

Awak..
Saya mintak maaf kalau saya dah wat hidup awak tak tentu hala.
Saya mintak maaf kalau saya ni tak macam yang awak sangka.

Saya tak sempurna. Memang saya mengaku semua ni salah saya. Saya tak paksa untuk awak terima saya lagi. Saya pun dah malu kalau awak sanggup terima saya lagi. Mungkin keputusan ni terbaik bagi saya, tapi keputusan ni tak kan pernah jadi adil dan terbaik untuk kita berdua. Saya tau tu.. Maafkan saya.

Apa-apa pun saya nak awak tau yang saya tak penah lupa awak. Saya hargai semua yang penah awak buat untuk saya. Saya hargai sangat-sangat. Terima kasih, awak.

Terima kasih untuk semua memori yang pernah kite share.
Terima kasih sebab buat diri saya dihargai.
Terima kasih sebab take care pasal saya.
Terima kasih sebab tak pernah pandang rendah pada saya.
Terima kasih sebab sentiasa cuba untuk jadi yang terbaik buat saya..
And..
Terima kasih sebab penah buat saya jadi,

THE BEST THING ABOUT YOU..

Maafkan kesalahan saya..
Halalkan semua yang pernah saya dapat dari awak..
Terima kasih atas segala-galanya..

Saya tak tau awak baca ke tak entry saya, tapi saya nak awak tau yang tak pernah dalam satu hari saya tak sebut nama awak and tak pikir pasal awak.
Mungkin pelik sebab saya guna panggilan saya awak, hanya yang tahu je la yang tahu.
Saya tak kan lupakan awak..
Maafkan saya..

Mnegenali Awak Adalah Perkara Paling Indah Dalam Hidup Saya..

aPaBiLa KiTa SaYaNg OrAnG tU . . .

Apabila kita sayang orang itu,
Kita tunggu dia lama-lama pun tak mengapa,
Tapi bila dia tunggu kita, dia marah-marah kita,
Hati berkata "Ala, adatlah ada yang menunggu dan ditunggu"

Apabila kita sayang orang itu,
Kita sanggup menahan rasa mengantuk kerana melayan dia yang tengah kebosanan,
Tapi apabila kita kebosanan, sanggupkah dia melayan kita pula?
Hati berkata "Tak mengapa, mungkin dia sibuk kot..."

Apabila kita sayang orang itu,
Kita mendiamkan diri sahaja apabila bergaduh dengan dia,
Tapi dia heboh 1 dunia selepas bergaduh
Hati berkata "Tak mengapa, mungkin dia tertekan agaknya..."

Apabila kita sayang orang itu,
Kita telefon dia sebab nak dengar suara dia,
Tapi dia bagi handset dia pada orang lain atau matikan hensetnya,
Hati berkata "Tak mengapa, layan aje la karenah dia. Kawan dia, kawan kita juga..."

Apabila kita sayang orang itu,
Kita teruja untuk ceritakan kisah-kisah yang kita alami untuk dikongsi,
Tapi dia buat tak tahu sahaja,
Serupa bercakap dengan tunggul kayu,
Hati berkata "Tak mengapa, mungkin dia tengah memikirkan perkara yang lebih penting..."

Apabila kita sayang orang itu,
Apabila dia bercerita dengan kita tentang kisah dia,
Kita kena dengar sampai setiap patah perkataan kita kena ingat,
Kalau tidak ingat, kita pasti akan kena marah,
Hati berkata "Tak mengapa, sayang la katakan..."

Apabila kita sayang orang itu,
Kita dan dia dalam kelaparan,
Tapi kita bagi semua roti kita pada dia,
Hati berkata "Tak mengapa, kita jagalah hati dia, sian dia. Makanan untuk diri kita boleh dicari kemudian..."

Apabila kita sayang orang itu,
Kita sanggup bagi dia rehat bila dia letih,
Tapi bila kita letih, dia tetap suruh kita layan dia bila dia bosan,
Hati berkata "Tak mengapa, bukan selalu pun..."

Apabila kita sayang orang itu,
Kita jadi tak tentu arah bila dengar dia sakit,
Tapi bila kita sakit, dia siap abaikan kita,
Dia keluar dengan kawan-kawan dia meraikan hari kesakitan kita,
Hati berkata "Tak mengapa, tak kan dia nak berkepit dengan kita 24 jam..."

Apabila kita sayang orang itu,
Kita tak pernah pentingkan diri sendiri,
Tapi dia selalu hipokrit melampaui batas,
Hati berkata "Tak mengapa, dia memang macam itu.  Jadi terima aje la..."

Apabila kita sayang orang itu,
Kita sayang untuk tinggalkan dia selama-lamanya,
Tapi dia tidak tahu kita berhadapan dengan maut,
Walaupun kita sakit, dia akan berkata kepada kita "sakit biasa-biasa aje tu, jangan nak mengada-ngada"
Hati berkata "Tak mengapa, mungkin dia happy apabila kita sudah tiada kelak..."

Apabila kita sayang orang itu,
Kita tak sanggup melihat dia menderita,
Tapi dia tak pernah hargai diri dan usaha kita,
Hati berkata "Tau tak betapa kita sayangkan dia..."

Apabila kita sayang orang itu,
Kita sanggup tinggalkan dia selama-lamanya untuk dia bahagia,
Tapi adakah dia tahu pengorbanan diri kita,
Hati berkata "Tak mengapa, janji dia bahagia. Pasrah aje selepas apa yang sudah berlaku..."

Dan...,
Apabila kita sudah meninggalkan dirinya buat selama-lamanya,
Dia pula datang menziarahi pusara kita,
Dia berkata...
"Dia minta maaf sebab pernah mengata kita..."
"Dia minta maaf sebab buat kita tunggu dia..."
"Dia minta maaf sebab pernah paksa kita layan dia ketika dia kebosanan..."
"Dia minta maaf sebab pernah heboh 1 dunia tentang semua salah kita..."
"Dia minta maaf sebab tidak menghiraukan setiap panggilan telefon kita..."
"Dia minta maaf sebab tidak pernah mendengar luahan hati kita..."
"Dia minta maaf sebab pernah membuat kita kelaparan..."
"Dia minta maaf sebab pernah mengganggu waktu rehat kita..."
"Dia minta maaf sebab tak pernah mengambil peduli apabila kita sakit..."
"Dia minta maaf sebab pernah pentingkan diri sendiri sahaja..."
"Dia minta maaf sebab tak pernah tengok penderitaan kita..."

Namun semuanya sudah terlambat...
Adakah rugi atau malu kerana memiliki insan seperti ini yang sanggup mengorbankan segalanya?
Hargailah orang yang TERSAYANG...

Friday, June 17, 2011

kEtIkA aKu BeRcErItA tEnTaNgNyA . . . :)


I have one sister and she's the only sister I have. I love her more than anything else~ She's important to me. I've just recently upset-ed her and I really feel so bad... I don't know what to do really... I just love my sister~ She has been such a good sister to me and I really admire her... She's like an angel to me...
My dearest sister, I love you. . .
Thank you my sis . . .

1.      Thank you, sister, for being there And letting me know you will always care.
3.      Thank you, sister when times got bad you stood by me as no one had.
4.      Thank you, sister for loving me so you helped me find where I wanted to go.
5.      Thank you, sister for being my friend I will love you until the very end.
6.      Thank you sister ,for scolding me when I was wrong.
7.      Thank you sister for giving me every thing that I wants, for which you never complained
8.      And I thank you, sister like I have before. But this time, sister it means so much more
9.      You are my sister until the very end You are my sister you are my best friend
10.    You are my sister you cheer me up when i feel blue You are my sister forever you'll be true
11.    You are my sister the loving and supporting one You are my sister and one I will always love

Wednesday, June 15, 2011

hArGaILaH oRaNg YaNg SaYaNgKaN kItA . .

sentiasa berpesan pada diri sendiri, sentiasa lah menghargai insan yang sayangkan kita. Sayangi dia seperti mana dia sayangkan kita. Bila kita lupa dalam menjaga hatinya, mungkin kita akan kehilangan dia dan akan menyesal tiada kesudahannya
Kalau benar kita sayangkan seseorang, bukan kah kita patut hargainya sebaik mungkin. Sayang bukan hanya sekadar ungkapan tapi melalui hati dan perasan.. Sama-sama jaga hati masing-masing agar tiada yang terluka dan melukai..
Sebenarnya dalam hubungan , memang tak boleh lari daripada perselisihan paham, cemburu dan sebagainya. Tapi demi sayangkan hubungan yang di bina itu, cubalah selesaikannya apa yang mendatang dengan sebaik mungkin. Yang paling penting berbincang dan bertolak ansur.. J

“bila bergaduh, kenanglah saat-saat manis bersama untuk menyejukkan hati dan menyelamatkan hubungan yang amat di sayangi”..

eRtI pErSaHaBaTaN



Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....

Cintailah Ibu Anda

Ibu insan mulia yang melahirkan kita,membelai kita mengasuh kita rasanya tidak terbalas jasa ibu  kerana ibu tidak ada tempat penggantinya. Di dunia setiap manusia dikurniakan satu je ibu,kalau takde maka hilanglah seri hidup.Sementara ibu kita hidup hargai ibu kita dengan kasih sayang dan cinta sebagai balasan kepada cinta mereka yang mengasuh dan melahirkan kita dimuka bumi. Adakah ibu harapkan wang ringgit?Tidak cukuplah kau membahagiakan mereka,bertanya khabar,menjenguk mereka ketika ada ruang.Ramai sekadar hanya menghantar wang ke rumah namun diri sendiri tidak kelihatan akibat sikap merasakan wang sudah cukup membahagiakan ibu. Namun disudut hati ibu beliau rindu akan anak mereka.Moga hari ibu diamalkan sikap tahunan,tanya khabar sekadar setahun sekali. Keraplah hubungi ibu anda,jangan biarkan dirinya tertanya-tanya. Anak ku dimana?Sihat kah dia?Sudah makan kah dia?Kita sebagai anak?pernah kah pertanyaan begitu terpacul dimulut kita?Jika sudah Alhamdulillah,jika belum mulakan lah pertanyaan begitu sebagai penghargaan selagi nyawa ibu masih lagi ada.Sayangi ibu kita

Monday, June 13, 2011

Saya Tak Mahu Jadi Dewasa +_+

Dulu, saya nak cepat-cepat jadi dewasa,Boleh pakai kasut tumit tinggi,Boleh melaram, mekap-mekap muka..Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita,Boleh pegi mana-mana saya suka,Boleh balik rumah lewat malam,Banyak benda lah boleh buat kalau dah besar ni..Lama-lama, baru saya perasan,Saya dah tak baca komik doraemon, tapi baca majalah yezz,Saya dah tak main masak-masak tapi nak masak betul-betul tapi tak pandai..Saya ingatkan best jadi dewasa ni,Saya boleh buat keputusan sendiri,Saya bukan budak tadika lagi tapi sya dah budak sekolah menengah dah Kalau pegi theme park, semua rides saya boleh naik, tiada halangan umur atau tinggi Dulu saya buat karangan "Saya Seekor Nyamok" tapi baru-baru ni saya submit essay pasal The Interntional Sports
Dulu saya mintak papa beli komputer sebab nak main games, tapi sekarang saya beli komputer untuk buat folio,online dan macam-macam.
Rupa-rupannya...Jadi dewasa ni...Kena matang..Kena professional..Banyak tanggungjawab..Banyak..masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu..Banyak essay nak kene tulis..Banyak pakai duit..Tak boleh emosional tak bertempat..Kena cari makan sendiri..Kena buat..keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan..Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita..Kena berpada-pada kawan dengan berlainan jantina..And banyak lagi la kena,kena,kena,kena,kena dan kena..