Terlalu indah bagi hati pabila kasih sayang yang dizahirkan pada batin melebihi roda-roda realiti kehidupan.sehingga terbitnya air mata yang terbenam sekian lama kerna terlalu menyayangi dan merindui akan dirinya.Kadang2 kekeliruan memikirkan mencari jawapan untuk kepastian,namun,ianya tetap bersemadi tanpa bersuara memberikan akan jawapan pada setiap persoalan yng berselingkar dalam fikiran ini.Aku terlalu menyayanginya sepenuh hati dan seikhlas Hati aku.Tiada Kata untuk aku luahkan bertapa aku teramat sayang pada dirinya.Seluas Langit yang membiru terbentang di mataku,seluas,sedalam itulah Kasih Sayang aku hulurkan Pada Dirinya.Kini,Hati aku tiada lagi sebarang perasaan Kasih dan sayang untuk aku berikan kepada insan lain kerana hati aku ini telah aku serahkan sepenuhnya kasih aku dan sayang aku pada dirinya.Walaupun pada kertas kehidupan,dirinya tiada kena mengena dengan kehidupan aku,Namun aku tetap sayang padanya,walaupun bukan sebagai Kekasih,Tapi kasih sayang aku ini terlalu suci dan nilainya tidak boleh lagi aku samakan dengan apa yang ada di dunia ini.Terima kasih Ya Allah S.W.T. kerna memberikan Perasaan kasih sayang yang tidak ternilai pada hambaMu ini.Dengan Kasih Sayang Yang Dianugerahkan OlehMu ini,Aku masih merasai Akan Kebahagiaan dan Kegembiraan insan yang paling istimewa dalam hati aku ini.Aku Menharapkan agar Janganlah dibuangkan terus Hati aku yang diselaputi Perasaan Kasih sayang aku ini dan aku Mahu kekalkan dan semadikan ianya dalam diri , Jiwa ,Perasaan aku ini dengan sejuta kenangan yang terindah sepanjang hidup aku.Kini hidup aku dipenuhi dengan insan yang penting pada aku,Khas untuk kakak aku,tiada suara untuk aku luahkan,tiada irama untuk aku alunkan untuk mu,tiada apa yang dapat aku gambarkan pada dirimu bertapa Aku terlalu menyayangi dan merindui akan dirimu.Walaupun Mu bukan darah daging aku,namun hati aku tetap menyayangi dirimu,sentiasa menyayangi dirimu,Sentiasa Menyayangi akan dirimu untuk selama-lamanya.Aku akan Semadikan Kisah Kita dalam satu warkah Hati yang mana akan aku bawa ia kemana sahaja aku pergi di dunia ini,Kisah kita yang dipenuhi sejuta kasih sayang antara kita akan aku sematkan dalam diri ini untuk santapan kasih aku.
Sepanjang Hidup aku di dunia ini,tiada insan lain yang dapat melembutkan hatiku,Hadir untuk aku memberikan kasih sayang apatah lagi untuk aku korbankan apa saja tapi kini,Hanya Kamu lah hati aku,Nyawa Aku,Setiap apa yang aku lakukan untuk dirimu,Ianya datang dari Hati aku yang tidak mengenal akan erti kesusahan,tidak tahu maksud Beban,tiada erti akan makna apa itu Bazir,tapi hanya ada rasa tanggungjawab..rela hati akan setiap pengorbanan,ikhlas dalam menzahirkan perasaan kasih sayang.Kerna kaulah satu-satu kakak yang paling teristimewa dalam hati aku ini..
Hanya kebahagiaan dan kegembiraan mu yang menjadi impian aku selama ini.kebahagiaan mu menjadi mimpi indah pada aku dan kegembiraan mu menjadi irama hidup aku.
kakak,Walaupun kita akan terpisah,namun hati kita tidak berjauhan serta berpisah kerna hati aku tetap tersemat kasih sayang yang aku curahkan padamu.Akan aku doakan kebahagiaanmudan kegembiraanmu selalu,dan dijauhkan segala kesusahan dan kesedihan.akan aku kenangkan akan dirimu kerana aku tidak pasti adakah kita dapat berjumpa lagi selepas ini.Walaupun terlalu berat untuk aku melepaskan dirimu,Namun aku terepaksa terima hakikat untuk berpisah dengan mu.Walaupun kamu akan berada jauh dari aku,aku berharap agar mu dapat mengetahui bertapa aku amat menyayangi dan mengasihi akan dirimu seikhlas dan sepenuh hati aku ini dan kasih sayang aku ini tidak akan terpadam dalam hati aku ini untuk selama-lamanya.........Aku amat kamu..kakak..
No comments:
Post a Comment