awak sayang dia. .
awak sayang dia sepenuh jiwa . .
awak sayangkan dia kalah awak sayangkan nyawa . .
awak sayang dia sebab pada awak dialah segalanya . .
awak cinta dia . .
awak cinta dia sampai tahap buang manusia . .
awak cinta dia hingga lupa segala benda termasuk kerja . .
awak cinta dia tanpa gentar halangan masuk . .
awak suka dia . .
awak suka dia sangat hingga tidak tidur lena . .
awak suka dia tiada tolok banding kegilaanya . .
awak suka dia walaupun dia mungkin punya perasaan berbeza . .
tapi . . awak bukan pilihan dia . .
pedih bukan rasa . . ?
awak ambil berat tentang dia . .
awak habiskan masa mengingati dia . .
awak tunggu dia . .
tapi akhirnya . . ?
awak sebenarnya sedang buang masa . .
awak hakikatnya membunuh setiap detikan beharga . .
awak secara dangkalnya membazirkan nilai tidak tertakrif nyawa . .
hanya kerana dia . .
menjadi seorang berfikiran terbuka bagus untuk semua . .
tapi,menjadi positif haruslah kena pada tempatnya . .
dia sudah kata tidak suka . .
dia sudah nyata dia sudah berpunya . .
dia sudah laungkan awak bukan pilihannya . .
nah,apa yang awak mahu tunggu lagi sebenarnya . . ?
awak tetap mahu menunggu dia . .
walaupun masih banyak pilihan di depan mata . .
dengan alasan sama . .
awak tetap sayang dia . .
awak tetap cinta dia . .
awak tetap suka dia . .
dia jatuh sakit selsema . .
awak berkejar bagaikan awak ahli keluarganya . .
setiap perkembangannya awak pantau bagaikan sudah diberikan peluang kedua . .
awak jaga dia sehingga dia kembali ceria . .
dengan sekelumit harapan agar dia buka mata . .
tapi malangnnya pandangannya bukan pada awak yang setia . .
bukan awak yang setiap malam berjaga . .
dia jatuh tangga . .
awak datang tolong paut sepenuh tenaga . .
awak rawat supaya hilang segala duka . .
awak balut kemas agar tidak tertinggal kesedihan tersisa . .
dia bangkit gembira . .
awak ditinggalkan begitu saja . .
awak . . sedarlah dan buka minda . .
bukan awak yang dia suka . .
bukan awak pilihan hati dia . .
awak langsung tidak diberi peluang walaupun ingin hadir sebagai kawan saja . .
cukuplah awak derita . .
setiap benda ada batasannya . .
sampai bila awak mahu biarkn diri awak sengsara . . ?
dengaan alasan hanya sebab awak tak boleh hidup tanpa dia . .
awak tetap sayang dia . .
awak tetap cinta dia . .
awak tetap suka dia . .
tapi sampai bila . . ?
kadangkala awak,daripada kita mencari apa yang kita mahukan,kita sepatutnya mencari apa yang kita perlukan,kerana apabila kita terjumpa apa yang kita perlukan,apa yang kita mahukan akan datang kepada kita . .
No comments:
Post a Comment